Sunday, April 29, 2012

kan pelik dah.

buat hati sekalian,
tak semestinya berkaitan kuning yang perlu dibicarakan,
tak kerna pak samad tak suka politik sekarang,
tak juga kerna najib atau anwar yang senantiasa mahu kemenangan.

ianya lebih tentang negara sendirian,
agama entah kemana,
bangsa dianggap kuat,
adat dianggap hebat,
tubuh gagah dah serupa si badang.

maruah letak di kaki,
sanggup di caci di maki,
ibu bapa tak nampak sangat peduli,
diri sendiri pun dah macam tahi.

fikirlah, tak terlambat berubah,
mungkin hitler sanjung islam,
mungkin esok palestin mula bebas,
mungkin esok juga amerika makan najis sendiri.

dosa pahala tak nampak,
kerja malaikat manusia moden tak tahu,
tapi selagi sendiri tak pun kesedaran,
sivik yang lebih memalukan,
harapan hidup tak seindah syurga.

usah bergaduh!
politik, peduli memang harus,
wajib mungkin,
cuma jangan terlebih,
nabi tak pernah mahu ummah sendiri berderai.

ingatlah, kiamat tak pernah jauh,
berpelukan tapi masih minta belas tuhan,
berciuman tapi mula bertaubat bila berpisah,
ulang kembali tak pernah luput.

Jangan gaduh lagi, jangan biarkan pisang berbuah dua kali,
jangan sudah terhantuk, dihantukkan lagi.
jangan bagi tuhan marah.

1 comment:

hansuke said...

nice one wak.

keep on the hard work!! :D